Thursday, 10 September 2015

Rahsia Percetakan SILKSCREEN yang SUPER EASY

Rahsia Percetakan SILKSCREEN yang SUPER EASY

MM CREATIVE PRINTING | MM CREATIVE RESOURCES 0142204268

Hi semua.. Masih ramai yang tak tahu kaedah cetak tshirt kan?
Kat sini kami nak kongsi ckit cara cetak baju menggunakan kaedah SILKSCREEN.
Teknik yang amat mudah,sesuai dijadikan sebagai perniagaan sampingan atau pun sepenuh masa.
Kadar keuntungan 40%-90% malah lebih lagi sekiranya anda bijak merancang.

Berikut antara langkah-langkahnya..

Langkah 1 : Mulakan dengan design yang anda inginkan..Biasanya design boleh dalam format Photoshop, Coraldraw atau Illustrator. Namun format terbaik yg digemari ramai,guna AI.
Selepas design, kena buat pengasingan warna bagi cetakan yang melebihi 1 warna.

Langkah 2 : Print setiap design yang telah diasingkan warna mengunakan transparent paper/tracing paper or ‘kertas minyak’.

Langkah 3 : Letakkan design yang telah dicetak tadi pada silkcreen block (kalu ada 3 color, jadi ada 3 block yang berasingan)

Langkah 4 : Expose design silkcreen block menggunakan alatan expose, kemudian bilas block menggunakan air dengan tekanan tinggi. (bahasa mudahnya,spray dengan air paip)

Langkah 5 : Letak baju kat meja printing (pastikan xda kedutan/lipatan). Letak block atas baju,tuang dye/cat ikut color yang dikehendaki dan cetak.

Langkah 6 : Keringkan dye yang telah dicetak pada baju, siap.

Mudah bukan?!! Anda tidak perlu pun menghadiri kursus teknik percetakan yang beratus-ratus ringgit hanya untuk mempelajari teknik yang mudah ini.





































Image source : Google

No comments:

Post a Comment